Sharif Zero ‘Cuak’ Tanpa Adik-Beradik

Bakal tampil dalam program komedi hiburan terbitan TV3 tidak lama lagi, Sharif yang sinonim dengan Kumpulan Zero mengakui sedikit cuak dan kurang selesa tanpa kehadiran adik-beradik beliau iaitu, Atu dan Saiful.

Namun, beliau percaya dengan semangat adik-beradik yang sentiasa ada bersama-sama, Sharif bagaimanapun menyahut cabaran ini dengan hati yang terbuka disamping mengakui ini adalah peluang beliau untuk melangkah satu tapak kehadapan dalam industri tanah air.

” Saya rasa kurang selesa, sebab sebelum ini kami sama-sama mencari idea tapi sekarang ini saya rasa seorang memandangkan yang lain masing-masing sibuk. Jadi saya rasa cabaran itu sangat kuat tetapi saya akan cuba biasakan diri saya dan ini juga peluang untuk saya lebih menyerlah.” Katanya

Siapakah Pesaing Sharif?

Sharif mengakui barisan peserta yang bakal terbabit dalam program Bintang Bersama Bintang ini adalah pencabar paling sengit beliau memandangkan kesemua pelawak-pelawak ini mempunyai kekuatan tersendiri dalam setiap lawak mereka.

” Dan semuanya adalah pesaing saya kerana  setiap peserta mempunyai kelebihan masing-masing. Macam Chiwan, suara dia sedap, Mamak kerana karakter dia, Syuk dengan telatah dia, Achey, siapa agaknya tak kenal Achey yang semestinya strong jadi saya akui masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing. Tapi ini adalah advantage untuk semua team agar lebih menonjol dan siapa yang menyerlah maka dialah yang akan dipilih menjadi juara setiap minggu seterusnya diangkat menjadi juara BBB2019 nanti.” Tambahnya ketika ditemui pada sesi taklimat bersama media di Sri Pentas, Petaling Jaya semalam.

Jadi, buat peminat setia Zero, apa tunggu lagi jangan lupa saksikan program komedi  hiburan yang bakal menampilkan Sharif, Shuk, Achey, Chiwan Dan Mamak dalam Bintang Bersama Bintang (BBB2019) bermula 3 Mac ini, pada jam 9 malam, hanya di TV3. Dan  jangan lupa vote peserta pilihan korang di www.xtra.com.my

Salma Syahbuddin