Categories: HiburanSelebriti

Telefilem best di TV3 yang korang wajib tonton!

TV3 kembali dengan telefilem-telefilem yang best dan pastinya akan membuatkan korang melekat di skrin kaca televisyen. Untuk korang yang tak tahu, telefilem yang dipaparkan di TV3 sememangnya mencuit hati tetapi penuh dengan mesej positif. Kalau korang tak percaya, korang boleh nilai dan tonton sendiri.

Untuk korang yang terlepas siaran telefilem ini di kaca televisyen, jangan risau sebab korang boleh menonton secara online di laman Youtube TV3Malaysia Official. Jom, kita sama-sama layan antara telefilem best untuk tahun ni.

1.Viral Alam Maya

Mengisahkan Hisyam (Hafidz Roshdi) yang menyimpan perasaan cinta terhadap Intan (Mimi Lana) sejak dibangku sekolah. Namun cintanya ditolak oleh Intan. Hisyam yang cemburu dan  gemar menyiarkan berita viral di media sosial telah memuat naik gambar sosial Intan bersama teman lelakinya di laman sosial membuatkan Intan menerima kecaman daripada netizen. Sama-sama kita lihat bagaimana pengakhirannya.

2. Kek Batik Cheese Leleh

Kak Munah merupakan seorang janda yang berusia 40-an tinggal bersama anaknya, Atirah. Terkenal dengan sikap peramah dna ringan tulang, Kak Munah juga pandai membuat Kek Batik. Satu insiden menemukan Atirah (Mimi Lana) dan Danny (Ben Amir). Mereka mula rapat, dan tidak lama kemudian Kak Munah (Lydiawati) meminta Danny untuk menghantar rombongan meminang dengan segera untuk mengelakkan fitnah. Walaupun Ibu Danny tidak suka kepada Atirah, Danny tetap akan meneruskan hasratnya. Berjayakah Atirah dan Danny menyatukan mertuanya?

3. Ini Harta Bedu Punya

Telefilem ini mengisahkan seorang anak yatim, Bedu (Iskandar Syahidan) mempertahankan tanah pusaka ayahnya daripada dirampas oleh ayah saudaranya, Pak Long (Ashraf Muslim). Pak Long beserta isterinya, Minah Geragau (Aprena Manrose) berusaha sedaya upaya untuk meyakinkan ibu Bedu, Thalia (Emelda Rosmila) supaya menandatangani perjanjian pindah milik tanah pusaka kepadanya untuk dijual kepada Tauke Tan (Jesse Lim). 

 

 

Ad Ops