Categories: Filem

Banglasia 2.0 Raih Penonton Tersendiri

Selepas 5 tahun pembikinan filem ini selesai, Banglasia 2.0 sudah mampu menarik nafas lega apabila filem tersebut berjaya menemui peminatnya bermula 28 Februari 2019 disemua pawagam berdekatan anda.

Walaupun filem ini bukanlah bergenre romantik, namun jalan ceritanya mampu membuatkan penonton berfikir dan lebih terbuka terhadap pendapat dan cara masyarakat lain berfikir.

Terkenal dengan watak penuh kontroversi, Banglasia 2.0 sedikit sebanyak membuka mata anak muda agar lebih menghargai dan memartabatkan negara Malaysia yang terkenal dengan keamanan dan kesejahteraan hidup masyarakatnya.

Jom kita tengok sekitar majlis pra tonton bersama media yang bertempat di TGV, Sunway Pyramid semalam. Meriah kan?

 

              

Jadi apa tunggu lagi, jom saksikan filem Banglasia 2.0 yang mungkin menjadi antara favourite movie korang?

Antara barisan pelakon yang turut memeriahkan filem Banglasia 2.0 adalah, Saiful Apek, Atikah Suhaimie, Namewee, dan ramai lagi.
Salma Syahbuddin