Categories: HiburanOMG

Kes kehilangan Nora mengimbau kembali kes-kes jenayah lampau

Walaupun tiada persamaan di dalam kes-kes tersebut, akan tetapi ia telah memotivasi seorang Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saudara Ikhwan untuk berkongsi kes-kes jenayah yang telah mendapat liputan media yang menyeluruh yang melibatkan wanita, di mana salah seorangnya adalah pelancong dari Perancis yang telah dijumpai dirogol dan dibunuh semasa bercuti di Pulau Tioman pada tahun 2011. 

Saudara Ikhwan berkongsi fakta-fakta kes yang didapati dari fail Mahkamah di laman twitternya @JatIkhwan dan ianya telah menarik perhatian ramai pembaca. Kisah Stephanie Moray, seorang pelancong berbangsa Perancis  yang bercuti berseorangan di Pulau Tioman tiba di Jeti Mersing pada 10 Mei 2011 namun setelah tidak menerima sebarang khabar dari Stephanie setibanya di pulau tersebut, keluarganya telah melaporkan kehilangan Stephanie di konsulat Perancis di Singapura dan didapati tiada rekod menunjukkan mangsa meninggalkan pulau tersebut. Berikutan dari siasatan polis, seorang suspek bernama Asni Omar yang mempunyai peniagaan homestay di Kampung Tekek, Pulau Tioman telah ditahan untuk disiasat.

Setelah disoal siasat, suspek utama telah membawa pihak polis ke sebuah gua yang terletak tidak jauh dari homestay suspek utama. Hasil pemeriksaan polis, polis menemui beberapa rangka tulang dipercayai tulang manusia yang ditimbus dan di tanam dalam sebuah lubang sedalam 3 meter.Turut ditemui satu tilam, satu bantal tidur dan beberapa cebis pakaian wanita. Senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa adalah sebatang cangkul yang di jumpai di dalam kawasan kebun berhampiran homestay suspek utama. Banyak kenyataan yang tidak masuk akal diberikan oleh suspek semasa kesnya di dengarkan di Mahkamah dan selepas mendengar laporan forensik dari pakar,  pihak pendakwaraya berjaya membuktikan kes terhadap suspek utama bahawa suspek utama telah merogol dan membunuh mangsa. 

Pada 9 Julai 2014, Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah Kuantan , DS Mariana Yahya telah menjatuhkan hukuman mati ke atas suspek utama dan walaupun beliau membuat rayuan hingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan, pada 2016 hukuman mati terhadapnya masih dikekalkan dan rayuannya ditolak dengan sebulat suara oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dan 4 Hakim lain atas dasar tiada merit dalam rayuan itu.

Del14