Categories: LIFESTYLE

Air Sejuk Rasa Lagi ‘Sedap’ Dari Air Panas?

Air adalah satu elemen penting yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Menurut kajian, seorang manusia dewasa boleh hidup sehingga tiga minggu tanpa mengambil sebarang makanan tetapi tanpa air, kita hanya mampu bertahan di antara tiga hingga lima hari sahaja secara purata.

Bercakap mengenai air, pernah tak korang terfikir, kenapa biasanya air sejuk rasa lebih ‘sedap’ berbanding air suam atau panas? Tak kiralah sama ada air mineral, kopi, jus atau apa sahaja air, ia lebih sedap diminum sejuk berbanding suam atau panas.

Walaupun mempunyai rasa yang sama, kita sering memilih air sejuk. Jadi apa sebenarnya yang menyebabkan ia berlaku? Mengapa air sejuk kerap menjadi pilihan?

Air Sejuk Sebenarnya ‘Kurang Rasa’

Kecuali air mineral atau air masak, deria rasa mempunyai tindak balas yang lebih kecil pada air sejuk. Ini bermakna, sekiranya air itu terlalu manis atau pahit, ia masih lagi berasa sedap untuk diminum.

Ia berbeza dengan air suam atau panas. Jika difikirkan kembali, kopi tarik biasanya berasa lebih pahit dan likat. Begitu juga dengan air limau yang rasa masamnya lebih kuat ketika dihidang suam berbanding sejuk.

Faktor Psikologi Semata-Mata

Salah satu lagi punca yang dipersetujui ramai pengkaji ialah ia hanyalah faktor psikologi semata-mata. Menurut satu kajian yang telah dijalankan di Yale School of Medicine mendapati, meminum air lebih kepada menghilangkan haus berbanding menghidrasi melalui tiub nasogastric.

Dalam satu contoh mudah, jumlah air yang sama banyak boleh ‘dipam masuk’ ke dalam tubuh dua lelaki berbeza, namun lelaki yang meminumnya akan berasa lebih terhidrat berbanding lelaki yang memasukkan air secara terus melalui tiub ke dalam badan. Jadi bolehlah anda tahu sekarang yang mana lagi terasa bila minum. 

Sumber: Dollar Shave ClubScienceFocusKent

SGMS Enal