‘ Lagu Allahyarham Peneman Jiwa Saya’, Menteri Kewangan Terkesan Kehilangan Saleem

Pemergian penyanyi lagenda, Saleem bukan hanya dirasai peminat dalam kalangan melayu sahaja tetapi turut dirasai oleh peminat berbangsa lain juga.

Bakat Allahyarham Saleem turut menarik perhatian Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang turut terkesan dengan pemergian arwah.

“ “Lagu Allahyarham bersama Iklim, Suci Dalam Debu, merupakan kenangan manis buat saya pada awal 1990-an.

“Ketika berjuang sebagai pembangkang, lagu-lagu Saleem menemani jiwa saya. Malah, beberapa lagu rock Allahyarham juga menawan hati,” tulis beliau.

Menerusi kenyataan ringkas di media sosial, Guan Eng memberitahu lagu-lagu nyanyian Saleem menjadi peneman jiwanya ketika aktif sebagai pemimpin pembangkang suatu ketika dahulu.

Ahli Parlimen Bagan itu turut berasa sedih dengan pemergian Allahyarham Saleem dan menyampaikan salam takziah buat seluruh ahli keluarga.

“Semoga Allahyarham tenang abadi di sana. Salam takziah buat keluarga Saleem,” katanya lagi.

Saleem atau nama sebenarnya Abdul Salim Abdul Majeed meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras kira-kira jam 6.30 pagi, semalam.

SGMS Faida