Masya Masyitah Akui Punyai Kekuatan Vokalnya Tersendiri

Selepas membuat persembahan bersama Sufian Suhaimi di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-31 (ABPBH31) baru-baru ini, nama beliau semakin dikenali dikalangan peminat-peminatnya. Malah, penyanyi muda ini telahpun menjalin kerjasama bersama beberapa komposer terkenal termasuklah Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham.

Bagi Masya, sebagai seorang penyanyi yang masih muda dalam industri, beliau yakin dengan kemantapan vokal yang dimilikinya mampu menaikkan kembali namanya dalam industri seni suara tanah air. 

Sumber : Instagram @masyitah_masya

Malah kenyataannya itu juga turut diakui oleh syarikat naungan beliau, Rocketfuel Entertainment. 

” Mungkin masih ramai lagi yang tidak berapa mengenali Masya tetapi kita di Rocketfuel percaya pada bakat yang ada pada beliau dan kita akan bersama-sama berusaha untuk terus bersama-sama berusaha untuk terus menaikkan Masya.”

” Masya mempunyai kekuatan dalam vokal di tambah lagi beliau fasih dalam menyanyikan lagu bahasa Mandarin sudah semestinya menjadi pakej yang terbaik. Jadi saya berharap agar pencinta muzik akan terus memberikan Masya ruang dan sokongan yang padu.” Kata Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, Feros.

Tambah Masya lagi, beliau cukup teruja dengan sokongan yang diterima menerusi lagu terbaru beliau berjudul Halimunan yang telahpun ditonton lebih 300k kali di laman Youtube semenjak ianya dilancarkan pada 5 Oktober lalu. 

 

Salma Syahbuddin