Categories: Trending

Kad Pengenalan Anda Hilang? Guna Saja ‘Hashtag’ Untuk Cari Balik!

Anda pernah hilang kad pengenalan tak? Kad pengenalan penulis pernah hilang satu ketika dulu, memang stress! Yela, bila dah hilang terpaksa kena buat balik. Kena denda lagi!

Tapi, sekarang ini anda tak perlu risau, kalau anda hilang kad pengenalan, anda boleh cari dulu menggunakan hashtag #jumpaic.

Manalah tahu, boleh jumpa semula kad pengenalan anda. Tak perlu lagi nak mohon dan sediakan wang untuk bayar denda kan?

Sekarang semua dah mudah hanya di hujung jari saja. Jadi, bagi anda yang terjumpa kad pengenalan orang lain, janganlah buat tak tahu saja!

Anda juga boleh buat perkara yang sama iaitu menggunakan hashtag #jumpaic, blur-kan nombor kad pengenalan dan alamat si empunya dan muat naik di media sosial gambar si pemilik kad pengenalan tersebut. 

Foto: Twitter

Mudah kan? 

Sumber: Twitter 

tex_admin