Hiburan By: Nurul Hana April 7, 2023 @ 3:30pm

Khai Bahar Nyanyi Lagu Tagalog ‘Pano’ Versi Bahasa Melayu

Fenomena lagu Tagalog berjudul Pano ciptaan dan nyanyian sepenuhnya Zack Tabudlo dari Filipina sememangnya terasa hingga ke Malaysia. Melodi serta cara penyampaian Zack dalam lagu itu berjaya meresap jauh ke dalam lubuk hati pendengar tanpa perlu memahami bahasanya.

Versi bahasa Melayu lagu itu kini diterbitkan pula dan Khai Bahar dipilih menggalas tanggungjawab berkenaan. Diberi judul ‘Bagaimana’, versi Melayu terbabit mendapat sentuhan penerbit muzik tersohor, Johan John yang mana proses rakamannya dibuat di JK Music Vibe Studio dan liriknya diolah semula oleh Shah Shamshiri.

Khai mengakui sangat berbesar hati diberi kepercayaan menyanyi lagu yang cukup ikonik itu. Apalagi dia sendiri memang pencinta muzik balada dan mendapat lagu itu bonus baginya.

“Keindahan lagu Pano terletak pada irama baladanya yang cukup mendayu. Tidak hairanlah lagu berkenaan amat popular sehingga mendapat tontonan lebih 104 juta di YouTube meskipun ia berbahasa Tagalog. Cukup mengagumkan.

“Disebabkan itulah juga saya sangat gembira apabila ditawarkan Universal Music Malaysia untuk bekerjasama dalam projek lagu Bagaimana. Ini satu peluang keemasan untuk saya galas sebaiknya demi pastikan versi Melayunya juga sehebat lagu asal,” katanya.

Bercerita mengenai pembikinan muzik video (MV) lirik Bagaimana, Khai gembira konsep ditampilkan sangat ringkas tanpa perlu dramatik. Lokasi yang dipilih pun sangat menyenangkan dan menurutnya ia satu pengalaman baharu juga untuknya.

“Penggambarannya dilakukan di sebuah kedai buku BookXcess Sunsuria Forum, Shah Alam. Ia sebuah konsep yang ringkas dan menarik di mana saya belum pernah tampilkan sebelum ini. Prosesnya juga berjalan dengan sangat lancar dan dapat disiapkan dalam masa kurang dari empat jam,” katanya.

Khai akui bekerjasama bersama Johan buat kali pertama adalah satu pengalaman menyeronokkan. Corak kerja Johan yang sangat profesional menjadikan setiap proses menjadi lebih mudah dan lancar.

“Bagi saya, penting untuk mendapatkan keserasian yang kuat setiap kali terbabit sesuatu projek. Walaupun pertama kali bergandingan dengan Johan, tidak susah untuk mendapatkan keserasian antara kami.

“Saya memuji corak kerjanya yang begitu teliti tapi pada masa sama tak memberi tekanan pun. Saya percaya itulah kelebihan yang ada padanya di mana dia sentiasa memastikan setiap aspek lancar sepanjang masa,” katanya.

Khai berharap versi nyanyiannya akan dinikmati sebagaimana pendengar sukakan Pano. Dia sendiri sangat seronok apabila ‘Bagaimana’ dapat dihasilkan untuk pendengar tempatan.

“Semoga ‘Bagaimana’ akan mendapat penerimaan yang baik seperti Pano juga serta didengar berulang kali di setiap platform penstriman muzik digital. Terus sokong dan minta lagu ‘Bagaimana’ diputarkan di corong-corong radio,” katanya.

‘Bagaimana’ kini boleh didengarkan di semua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Sep 2019

Ini Hadiah Mark Adam Buat Ibu Tercinta

Semoga murah rezeki Mark Adam!

Trending Sun, 1 Aug 2021

‘Hidupkan Pagi’ Bersama TV3 Bermula 1 Ogos!

Program-program yang lebih segar, ceria dan mantap bersiaran bermula 1 Ogos ini menerusi slot pagi di TV3! Menerusi tagline ‘Hidupkan Pagi’, beberapa perubahan telah dilakukan bagi mengukuhkan lagi kandungan program-program yang pasti dapat menceriakan hari […]

Trending Tue, 27 Jul 2021

“Kami Serahkan Semuanya Kepada Allah…” – Sarat Hamil 7 Bulan, Siti Sarah & Keluarga Positif Covid-19

Penyanyi dan usahawan Siti Sarah Raissuddin, 37, berkongsi khabar duka dia dan suami, pelawak Shuib, 37, serta anak-anak mereka, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif Covid-19. Pelantun lagu […]

Featured Fri, 16 Dec 2022

[VIDEO] Neelofa Kongsi Tips Mata Segar Untuk Bangun Solat Tahajjud

Haa siapa yang liat nak buka mata tu boleh try tips ni

Trending Mon, 9 May 2022

Tunjuk Peningkatan, Media Prima Audio Kekalkan Kedudukan

Media Prima Audio (MPA) masih mengekalkan kedudukannya sebagai rangkaian radio berpengaruh di negara ini, sebagaimana yang direkodkan menerusi tinjauan radio komersial GFK (GfK Radio Audience Measurement) pertama untuk tahun 2022. MPA memulakan tahun 2022 dengan […]

Events Thu, 27 Jun 2019

《财神2020》汇集马新港台演员!陈立谦自爆被骗?

鼠年贺岁电影《财神2020》汇集马新港台演员,八月正式开拍!陈立谦不满,记者会上自爆被骗当导演?

Featured Thu, 17 Mar 2022

Penantian 15 Tahun Berakhir, Puteri Reunion 2022 Akan Bersiaran Syawal Ini!

Akhirnya! Drama Puteri buat comeback gais! Sama-sama kita nantikan Syawal ini! Kita Enjoy 😜😂🥳