Kilafairy “Belanja” Apa Pula Kali Ni?

Pelakon dan penyanyi yang popular menerusi lagu Put The Word In ini sekali lagi memuat naik gambar seksinya menerusi laman instagram beliau yang mengundang kecaman netizen.

Kilafairy pada asalnya memuat naik gambar tersebut semata-mata mahu mempromosikan produk penjagaan wanita. Namun, gambar tersebut seolah-olah menunjukkan ‘aset’ beliau. Betul ke?

Seperti biasa, tiap kali Kilafairy tampil dengan gambar-gambar yang dimuat naik menerusi akaun instagram miliknya, pastinya ia akan mengundang komen-komen lucah dari sesetengah followers beliau.
Hurm, macam-macam betul sekarang ni kan? Apapun, semoga Kilafairy tahan dengan kecaman yang diterima.
Salma Syahbuddin