Kim Woo Bin -Shin Min Ah Kahwin?

Korang yang selalu mengikuti perkembangan aktor terkenal dari Korea iaitu Kim Woo Bin pasti tidak sabar untuk mengetahui perkembangan terbaru aktor ini bukan?

Mungkin ini akan menjadi berita gembira atau sedih buat peminat fanatik Woo Bin kerana aktor ini bakal menamatkan zaman solonya apabila memberitahu beliau bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun 2021.

Terkenal menerusi watak Choi Young Do dalam drama siri The Heirs ini dikatakan hangat bercinta dengan kekasihnya yang juga seorang aktres popular Korea, Shin Min Ah sejak tahun 2015 lagi.

Menurut Koreaboo, berita gembira itu didedahkan oleh hos Choi Jung Ah dalam program realiti hiburan “Rumor Has It” baru–baru ini.

“Sumber terdekat Woo Bin mengatakan dia tidak mahu perkara ini menjadi tumpuan sehingga kesihatannya betul-betul pulih,” jelas hos yang mengendalikan segmen tersebut.

Terdahulu, Woo Bin pernah menggemparkan industri hiburan apabila disahkan menghidap kanser Nasopharyngeal  iaitu kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak pada Mei 2017.

Ditulis oleh: Dina Azmi

Salma Syahbuddin