‘Ayah Selalu Lost Control’- Anak Ahmad Dhani Sedia Jadi Pengganti?

Umum tahu, vokalis terkenal Ahmad Dhani kini menjalani hukuman penjara sejak Januari lalu selepas didapati bersalah menyebarkan mesej kebencian di Twitter.

Atas sebab itu, anak lelaki Ahmad Dhani, Abdul Qodir Jaelani atau Dul dilaporkan akan mengambil tempat bapanya di konsert reunion Dewa 19 pada Oktober depan.

“Bukan hal yang mudah untuk ganti ayah ketika di pentas. Saya perlu buat banyak latihan di rumah.

“Lebih istimewa, konsert ini akan menampilkan bekas pemain dram Dewa, Tyo Nugros. Dia juga banyak memberi tips ketika di pentas nanti,” kata Dul.

Akui Dul, bapanya juga seorang yang suka lost control ketika di beraksi di pentas.

“Perlu banyak latihan untuk jadi hebat seperti ayah. Alhamdulillah, rakan-rakan seperjuangan ayah banyak membimbing,” katanya. 

Konsert “The Best of Dewa 19 with Once Mekel” akan diadakan di The Kasablanka Hall, Jakarta Selatan pada 4 Oktober 2019. 

Konsert itu nanti akan menampilkan anggota Dewa lain antaranya Once Mekel (vokal), Yuke (bass), Andra Ramadhan (gitar), Dul Jaelani(keyboard), dan Tyo Nugros (drum).

Wow, mesti keren ni! 

Sumber: Tribun News

SGMS Faida