Gitaris Aji, Meninggal Dunia Sehari Selepas Sambut HariJadi Ke-50

Pemain gitar tersohor, Aji Samin atau nama sebenar, Fauzi Samin disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung di sebuah hospital swasta di sini.

Allahyarham yang baru menyambut hari lahir ke-50 semalam, dipercayai terkena serangan jantung di rumahnya selepas usai solat Subuh, pagi tadi.

Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital di Bukit Kemuning dan masih berada dalam keadaan sedar namun lemah di Unit Rawatan Rapi (ICU)

Bagaimana pun, Allahyarham akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.30 pagi.

Aji ialah gitaris tersohor yang sering mengiringi persembahan artis popular seperti Datuk Hattan, Datuk Sheila Majid, Datuk Ramli Sarip bersama kumpulan Soul Journey dan Ella.

Ramai artis popular lain yang mengenali dan pernah bekerjasama dengan arwah dalam beberapa projek single, album dan konsert turut meluahkan rasa sedih dan takziah di laman sosial masing-masing selain mengajak peminat masing-masing sedekahkan surah Al-Fatihah kepada arwah.

Oleh: Azalea Danea

SGMS Putri