Categories: Hiburan

KINI MODEL VICTORIA SECRET INI SEMAKIN DIKENALI

Kalau sebelum ini kecoh apabila Neelofa diundang untuk menghadiri Victoria Secret Fashion Show yang berlangsung di Shanghai, China tapi kali ni kami bukan nak highlight story pasal neelofa tau. Kami akan highlight story yang viral seluruh dunia apabila salah seorang daripada modelnya terjatuh ketika catwalk.

Video viral berdurasi 1 minit 19 saat itu memperlihatkan Ming Xi telah terjatuh apabila terpijak kain leretmya sewaktu berjalan di runaway tersebut. Namun beliau bingkas bangun dan terus sahaja melemparkan senyuman kepada penonton yang hadir.

Sikap profesional yang ditunjukkan oleh Ming Xi itu mendapat pujian dan perhatian daripada netizen.

Ming Xi dalam satu kenyataan di laman instagramnya menyatakan rasa terima kasih kepada semua yang telah memberi semangat kepada beliau ketika insiden tersebut.

Anyway, walaupun jatuh depan ribuan penonton yang hadir. Tindakannya itu harus dipuji oleh semua orang. Good job Ming Xi!

 

 

Salma Syahbuddin