Kisah Cinta Berputik Semula? Ameera Khan Mesra Video Call Dengan Jefri Nichol… Netizen Pula Terhibur Dengar Gelak Rosix Omar! – “Selalu Jadi Tukang Kantoi…”

Pempengaruh Ameera Khan hangat menjadi perbualan ramai di media sosial selepas tular sebuah video manis bersama pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol.

Menerusi video tular di aplikasi TikTok, adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa membuat panggilan video bersama aktor tersebut seakan telah menghangatkan lagi dakwaan mereka sedang bercinta.

Dalam video berkenaan, Jefri yang sedang berada di sebuah parti bersama rakan-rakannya itu berkata akan menghubungi Ameera semula selepas pulang.

Ameera dilihat membuat tangkapan skrin daripada panggilan video mereka itu yang dipercayai untuk disimpan sebagai kenangan.

Sebelum ini, hubungan cinta Ameera dan Jefri didakwa terputus di tengah jalan selepas tular dakwaan mengatakan Ameera tidak lagi mengikuti Jefri di laman media sosial Instagram.

Namun begitu, ramai mendakwa hubungan mereka sudah berbaik selepas Jefri dan Ameera saling berbalas komen di Instagram.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Rosix yang suka kantoikan hubungan percintaan orang lain.

“Rosix dengan Nabila selalu jadi tukang kantoi. Dulu Nabila kantoikan Lofa dengan PU Riz,” kata netizen.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 700,000 tontonan, 34,000 tanda suka dan lebih 200 komen.

Aqilah Paharuzi