[VIDEO] “Tak Boleh Tidur Fikir Lebih 10 Benda…” – Bella Astillah Dedah Ada Masalah Otak ‘Bising’

Pelakon dan penyanyi jelita, Bella Astillah tidak menafikan kadang kala berdepan masalah tidur yang teruk lebih-lebih lagi ketika keadaan otaknya yang ‘bising’.

Isteri kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mendedahkan perkara tersebut menerusi sebuah podcast milik selebriti Hazeman Huzir dan penerbitnya, Hanan Mansor di aplikasi YouTube.

Menurut Bella, selalunya otaknya akan ‘bising’ memikirkan pelbagai benda sehingga sukar untuk melelapkan matanya.

“Bella selalu tidur lambat. Saya tak boleh handle otak yang bising tu sampai buatkan saya menangis.

“Bukan satu dua perkara saja yang bermain di fikiran. Tapi kadang tu sampai 10 benda dalam satu masa. Sebab tu saya tak boleh tidur. Otak bising sangat.

“Insya-Allah boleh control benda tu dari diri kita kena bagi semangat dan iman kena kuat.  Solution yang saya selalu buat buka surah. Tapi kadang-kadang saya bermain phone sampai tertidur sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Bella turut mendedahkan sejak penglibatannya dalam dunia seni ini sering dipergunakan dan diambil kesempatan sejak kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering Diambil Kesempatan Sejak Kecil, Bella Astillah Dedah Momen ‘Tragis’ Dalam Dunia Hiburan – “Saya Pernah Disuruh Duduk Atas Peha Masa…”

Aqilah Paharuzi