KL Jamm Tumpuan Buat Peminat Muzik Antarabangsa

Sebagai satu platform yang bakal menghimpunkan penggiat seni dari seluruh dunia satu festival muzik bertaraf antarabangsa bakal diadakan di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai KL Jamm. 

Menurut Norman Abd Halim, selaku Pengerusi KL Jamm, beliau  memberitahu bahawa acara sebegini merupakan satu platform yang mampu menggabungkan artis tempatan dan antarabangsa dalam satu festival.

“Ia juga sebagai mempromosikan kerjasama strategik membabitkan artis tempatan dan luar sama ada penyanyi, pemuzik, komposer  dan produser termasuklah rekod label, promoter, pengurus artis mahupun pengedar alatan muzik serta penglibatan media tempatan dan antarabangsa secara bersama.” Katanya.

Kenapa KL Jamm?

Ia diadakan untuk mempromosikan Kuala Lumpur sebagai bandar bertaraf dunia yang progresif dan berbudaya dengan hanya menggunakan platform muzik pop. 

Selain itu, acara ini juga turut menghubungkan seramai 200 artis tempatan dan luar negara termasuk 50 panel untuk simposium muzik, 100 pempamer untuk ekspo muzik dan 50 wakil daripada media luar. 

KL Jamm juga turut mendapat sokongan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak yang terlibat untuk memberi hiburan kepada ribuan peminat muzik untuk sama-sama menjayakan program ini.

So, kepada pencinta muzik antarabangsa, festival ini akan bermula pada 26 sehingga 28 April 2019!

Salma Syahbuddin