Farah Nabilah Kesian Pada Teman Lelaki?

” Saya sememangnya solo sejak mula menceburi bidang seni. Teman lelaki saya ialah bidang kerja,” akui pelakon Titian Cinta, Farah Nabilah yang lebih selesa hidup solo.

Bukan apa, dengan kesibukan Farah yang sukar membahagi masa antara kerjaya dan kehidupan peribadi.

Dalam masa sama, Farah juga enggan menggembar-gemburkan cerita peribadi, sebaliknya memberikan sepenuh perhatian kepada bidang lakonan.

“ Kesian dengan teman lelaki sekiranya dapat kekasih yang tiada masa untuk dirinya. Saya terlalu sibuk dengan kerja,” katanya.

Dalam masa sama, Farah memaklumkan dia tidak pernah berdendam dengan bekas kekasihnya kerana mereka mempunyai kelompok rakan yang sama.

“ Waktu lapang pula saya selesa bersama keluarga. Saya bukan jenis yang suka bersosial,” katanya.

Dalam perkembangan terkini, Farah baru saja selesai menjalani penggambaran drama 27 episod berjudul Halalkan Hati Yang Ku Curi.

Drama yang dijadualkan bersiaran menerusi slot Akasia pada Ramadan itu turut menampilkan Alif Aziz selaku teraju utama.

 

SGMS Faida