Kolaborasi Nabila Razali Dan Adi Priyo Jadi Hadiah Buat Peminat

Nabila Razali dan Adi Priyo mengubat hati peminat mereka dengan melancarkan single baru mereka, Tulus.

Menurut Adi yang juga merupakan vokalis kumpulan 6ixth Sense, projek istimewa ini merupakan hadiah untuk peminat yang lama menantikan buah tangan terbaharunya.

Beliau juga bersyukur kerjasama pertama dengan Nabila Razali berjalan lancar seperti yang dirancang.

“Ini hadiah saya untuk mereka. Saya harap peminat dapat menerima lagu ini sama seperti karya-karya sebelum ini, “ katanya.

Menurut Nabila, Adi merupakan salah seorang penyanyi yang dia ingin berduet kerana lagu yang dinyanyikan Adi sangat meruntun jiwa.

“Saya harap lagu tulus kali ini ada rasa yang sama dengan lagu Adi sebelum ini.” kata Nabila.

Lagu tulus merupakan ciptaan sepenuhnya komposer Aiman Sidek dan turut dipilih menjadi runut bunyi bagi drama yang sedang ditayangkan di slot Samarinda di TV3, Bukan Puteri Lindungan Bulan (lakonan Janna Nick dan Hisyam Hamid).

Drama tersebut merupakan adaptasi dari sebuah novel terlaris pada tahun 2002 oleh novelis
Liana Afiera Malik.

Izzi Farhana