Kongsi Foto Berbaju Songket, Anak Perempuan Que Haidar Raih Pujian Netizen

Tular beberapa keping foto anak-anak perempuan pelakon lelaki, Que Haidar yang memakai sepersalinan baju kurung songket di laman media sosial TikTok.

Foto itu telah di muat naik oleh Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar sendiri di akaun TikTok.

“My very own princesses, YM Tengku Ratu Haidar and YM Tengku Cleopatra Haidar,” tulis Que di kapsyen.

Menerusi kiriman foto itu, kedua-dua anak perempuannya, Tengku Ratu Haidar dan YM Tengku Cleopatra Haidar mengenakan baju kurung songket berwarna kuning menyerlahkan lagi aura kerabat diraja yang dimiliki.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan mereka berdua yang diwarisi oleh ibu dan ayah mereka sendiri.

“Linda Jasmine sangat yang sulung tu

“Pernah jumpa depan-depan memang cantik

“Dia kalau dah cantik, camera tak on point pun cantik

“How can someone looks so magical.. she’s beautiful MasyaAllah,” tulis netizen.

Izzi Farhana