[VIDEO] Gayakan Busana Rizman Ruzaini, Amelia Henderson Dipuji Aktres Hollywood Ketika Hadiri Festival Filem Cannes 2023

Busana pelakon dan pengacara, Amelia Henderson yang digayakan di acara ‘red carpet’ Festival Filem Cannes 2023 mendapat pujian aktres Hollywood, Cara Jade Myers.

Video tersebut telah dikongsi menerusi akaun Instagram milik Amelia sendiri.

Menerusi video tersebut, Amelia memuji penampilan Cara yang kelihatan cantik pada malam itu tetapi Cara membalas dengan memuji busana yang dikenakan oleh Amelia.

“If i can wear that I would steal it,” kata Cara sambil berseloroh.

Membalas gurauan Cara, Amelia meminta untuk Cara berjumpa dengannya selepas acara berlangsung untuk memberikan baju tersebut.

Hantaran tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata memberikan pujian terhadap penampilan Amelia di acara terbabit.

“You look amazing.

“So stunning and talented, you’re killing it Amelia!

“You look amazing that night Ame. Im the proudest fans!” tulis netizen di ruangan komen.

Difahamkan, Amelia turut berpeluang untuk menemubual dan bertemu beberapa selebriti hebat luar negara seperti Natalie Portman dan Charles Melton di acara tersebut.

Untuk rekod, busana yang dikenakan oleh Amelia merupakan hasil ciptaan duo fesyen popular tempatan, Rizman Ruzaini.

Izzi Farhana