“Tayang Jub*r Hari-Hari, Berlakon Satu Award Tak Dapat!” – Puteri Balqis Tempelak Aktres Muda Wanita Umur 14 Tahun?

Perkongsian terkini pelakon remaja popular, Puteri Balqis mencuri perhatian ramai di media sosial yang telah meluahkan rasa berang terhadap aktres wanita berumur 14 tahun.

Menerusi hantaran tersebut, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish menganggap tindakan aktres muda itu tidak wajar yang gemar memerli orang lain serta membandingkan kecantikannya.

Dalam muat naik sama, Aqish berharap agar dia tidak akan berlakon dalam satu penggambaran bersama aktres tersebut.

“Kau ni baru 14 tahun. Tak banyak beza pun dengan aku. Tapi cringe kau mengalahkan orang tua. Habis semua orang kau nak perli, nak bandingkan dengan kecantikan kau.

“Video tayang jub*r hari-hari, tapi berlakon satu apa award pun tak ada. Tolonglah jangan bagi aku satu set dengan dia.

“Tak sanggup tengok dia flip hair 20 kali seminit. Bangga dengan boyfriend muka tak semenggah tu. Adoi, jangan babitkan aku.

“Ubat depression aku nak dekat habis ni, ha*at,” akhirnya.

Bagaimanapun, sehingga kini Aqish tidak memberi sebarang penjelasan mengenai hantarannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Puji Lakonan Hebat Hingga Wajar Diangkat Pelapis, Puteri Balqis Pesan Jangan Samakan & Sebut Nama Selebriti Lain – “Tak Akan Maafkan Mereka Dan…”

Aqilah Paharuzi