Kongsi Foto Ketika Kecil, Netizen Cair Lihat Wajah Bilal ‘Copy Paste’ Neelofa – “Tak Puas Tengok, Update Lagi Please”

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa sekali lagi menjadi tumpuan ramai warganet apabila memuat naik sebuah hantaran di akaun Instagramnya baru-baru ini.

Menerusi hantaran itu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, dilihat berkongsi gambarnya ketika kecil dan menyatakan anaknya, Muhammad Bilal saling tak tumpah sepertinya.

“Ummi’s mini-me,” ringkas tulisnya di ruangan kapsyen.

Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet dan juga rakan selebriti menyatakan bahawa mereka sangat geram dengan kecomelan Bilal dan menyamakan lengan Bilal seperti roti bun dan patung Michelin.

Malah, ada yang meminta Neelofa untuk memuat naik foto anaknya itu lebih kerap.

Tidak kurang juga ada segelintir warganet yang bergurau untuk mengkenenkan anak perempuan mereka dengan Bilal.

Atiqah Johari