[VIDEO] “Terkejut Tengok… Rasa Berbunga Hati” – Saling Berbalas Pujian, Netizen Teruja Fazura Kongsi Momen Bersama Adik Neelofa

Sebuah video pendek yang memaparkan pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura dan selebriti media sosial, Athisha Khan meraih perhatian ramai sehingga tular.

Video yang dimuat naik oleh aktres Gol dan Gincu menerusi Instagram Story itu telah disunting serta dikongsikan semula di aplikasi TikTok.

Fazura dan Athisha yang merupakan adik kepada pengacara dan usahawan terkenal Neelofa berjumpa di sebuah majlis majalah hiburan terkenal GLAM Malaysia #MostGLAM2022 yang bertemakan merah jambu.

Video berdurasi 5 saat itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok memaparkan aksi mesra antara Fazura dan Athisha yang saling memuji kecantikkan masing-masing.

“This girl so lawaaaa,” tulis Fazura di kapsyen video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut di TikTok, rata-rata netizen terpegun melihat kemesraan yang dipamerkan oleh dua wanita ini.

Namun begitu, ada segelintir netizen juga berharap agar suatu hari nanti Fazura akan menjadi lebih akrab bersama Neelofa.

Bagaimanapun, terdapat beberapa netizen yang mempertahankan Fazura dan Neelofa dengan berkata mereka langsung tidak mempunyai sebarang masalah dan dipercayai dakwaan wujud kemelut itu hanyalah gosip liar semata.

Malah, netizen sependapat bahawa di luar kamera hubungan antara Fazura dan Neelofa baik meskipun tidak dipaparkan kepada umum.

Semasa artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih sebanyak 117,000 tontonan, 70 komen dan lebih 6,00 tanda suka.

Artikel Berkaitan: Izara Aishah Selar Netizen Cuba Lagakan Neelofa & Fazura – “Tak Ada Sebab.. Mampos Netizen Nak Jawab Kat Akhirat”

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Puji Fazura & Neelofa ‘Maintain’ Cantik, Netizen Mohon David Teo Jangan Bandingkan -“Nak Tumpang Populariti Ke?

Aqilah Paharuzi