[VIDEO] Sharifah Sakinah Ajak Meerqeen Couple?

Umum mengetahui pelakon Sharifah Sakinah memiliki karakter semulajadi yang ā€˜gila-gilaā€™ dalam lakonan mahupun realiti.

Terbaru, menerusi video perkongsian individu bernama @zatyrahim_ di laman TikTok, dilihat Sakinah mengirim pesanan langsung (Direct Message) di Instagram kepada pelakon kacak, Meerqeen meluahkan bahawa dia menyukai pelakon itu.

ā€œMeerqeen, kakak suka sama Meerqeen. Nak couple,ā€ kirim Sakinah.

Malah, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Nizam, 21, terkejut dengan kiriman yang diterima daripada Sakinah tetapi dilihat melayan gurauan tersebut.

ā€œWait whattttttttt HAHAHAHAHAHAHA.

ā€œJom ah couple!,ā€ balas Meerqeen

Namun, apa yang mencuit hati warganet adalah pakaian dan solekan berupa hantu pontianak yang dikenakan oleh Sakinah sehingga ada yang terperanjat apabila video tersebut muncul di For Your Page (FYP) terutamanya pada waktu malam.

Walaubagaimanapun, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat selamba Sakinah bergurau dengan Meerqeen.

Atiqah Johari