Kongsi Jamming Spontan Bersama Andi Rianto, Nyanyian Sang Dewi Siti Nurhaliza Buat Ramai Meremang

Penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil berkongsi momen dirinya menyanyikan lagu Sang Dewi nyanyian Lyodra bersama komposer terkenal dari Indonesia, Andi Rianto.

Momen tersebut telah dikongsikan oleh Siti menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, Siti menyatakan nyanyian itu dilakukan secara spontan ketika bertemu dengan komposer lagu itu.

“Alang-alang pencipta lagunya sudah berada dekat piano, saya terus ajak ‘jamming’ untuk lagu Sang Dewi. Spontan saja petang tadi,” tulisnya.

@toktitiktok Alang-alang pencipta lagunya sudah berada dekat piano, saya terus ajak ‘jamming’ untuk lagu Sang Dewi. Spontan saja petang tadi… @andirianto_official #sangdewi #sangdewilyodra #andirianto #malaysia #indonesia #fyp #sitinurhaliza #music #singing ♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto

Melihat kehebatannya mendendangkan lagu tersebut, kebanyakan pengikutnya memuji dan terpukau dengan nyanyian penyanyi kesayangan ramai itu di ruangan komen.

Fatin Nurain