Bakal Muncul Di Studio Sembang, Aedy Ashraf Buat Peminat Teruja – “I’ll Be There Soon”

Pelakon Aedy Ashraf tampil membuat peminatnya teruja selepas mengumumkan dirinya bakal terlibat dalam segmen podcast yang dikendalikan oleh aktres jelita Amelia Henderson, Studio Sembang.

Sebelum ini, ramai yang meminta Amelia menjemput aktor tersebut untuk membuat sesi podcast bersama tatkala rancangan yang dikendalikannya itu semakin meraih maklum balas yang positif.

Menerusi video yang tular di TikTok, Aedy mengumumkan perkara tersebut ketika membuat live dan menyatakan dia akan muncul dalam rancangan itu berkemungkinan sebelum atau selepas raya.

“Cerita kat Studio Sembang. Insya-Allah, soon la soon. Mungkin after raya ke bulan puasa ke. But I’ll be there la. I’ll be there soon. Nanti kita masuk Studio Sembang okay. Nanti kita buat live TikTok nanti dalam tu eh,” katanya.

@luvchaaa4 ‘Renjana aedy ada ke ? ADAAA’ #aedyashraf #renjanaaedy #aedyamelia #ameliahenderson #fypシ゚viral #fypage #foryoupage #tiktoklive #studiosembang ♬ original sound – cutieangelica

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya teruja ingin melihat dua pelakon itu bersemuka kembali.

Sebelum ini, Aedy pernah menjalinkan hubungan cinta bersama Amelia selepas melamar aktres itu di hadapan orang ramai di sebuah festival, tahun lalu.

Namun, hubungan itu dikhabarkan terputus ditengah jalan selepas kedua-dua pelakon itu memuat naik ciapan berbaur sedih dan kecewa.Pelakon Aedy Ashraf tampil membuat peminatnya teruja selepas mengumumkan dirinya bakal terlibat dalam segmen podcast yang dikendalikan oleh aktres jelita Amelia Henderson, Studio Sembang.

Sebelum ini, ramai yang meminta Amelia menjemput aktor tersebut untuk membuat sesi podcast bersama tatkala rancangan yang dikendalikannya itu semakin meraih maklum balas yang positif.

Menerusi video yang tular di TikTok, Aedy mengumumkan perkara tersebut ketika membuat live dan menyatakan dia akan muncul dalam rancangan itu berkemungkinan sebelum atau selepas raya.

“Cerita kat Studio Sembang. Insya-Allah, soon la soon. Mungkin after raya ke bulan puasa ke. But I’ll be there la. I’ll be there soon. Nanti kita masuk Studio Sembang okay. Nanti kita buat live TikTok nanti dalam tu eh,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya teruja ingin melihat dua pelakon itu bersemuka kembali.

Sebelum ini, Aedy pernah menjalinkan hubungan cinta bersama Amelia selepas melamar aktres itu di hadapan orang ramai di sebuah festival, tahun lalu.

Namun, hubungan itu dikhabarkan terputus ditengah jalan selepas kedua-dua pelakon itu memuat naik ciapan berbaur sedih dan kecewa.

Fatin Nurain