Kongsi Momen Percutian Dengan Keluarga Di Jepun, Patimah Ismail Sebak Syamsul Yusof & Keluarga Tiada – “Biasanya Mereka Akan Ikut Cuti Sekali”

Perkongsian isteri pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail meraih perhatian ramai di platform media sosial.

Menerusi hantaran tersebut, Patimah memuat naik foto percutian keluarga bersama Yusof Haslam, dan anak lelakinya, pengarah Syafiq Yusof.

Bagaimanapun kelibat pengarah sensasi, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof tidak kelihatan.

Namun, Patimah turut meluahkan rasa syukur kerana anak-anaknya itu sanggup meluangkan masa bercuti bersama keluarga.

“Alhamdulillah, Syafiq, Shamin dan Faizal masih bersama kami hingga akhir hayat,” tulisnya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen ada individu meninggalkan komen bahawa percutian itu akan lebih lengkap sekiranya Syamsul ada bersama.

“Sebak tengok Datuk peluk Syafiq. Kalau ada Syamsul lagi lengkap,” tulis individu berkenaan.

Tidak berdiam diri, Patimah kelihatan sempat membalas komen tersebut dan menjelaskan, Syamsul kebiasaannya akan mengikuti mereka sekeluarga pergi bercuti, namun tidak untuk kali ini.

“Biasanya Sol (Syamsul) dan keluarga akan ikut bercuti dengan kami,” ujarnya serta menulis emoji sedih.

Sebelum ini, Yusof Haslam memaklumkan kali terakhir dia berjumpa dengan Syamsul Yusof adalah pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan: “Jangan Sampai Bapa Kau Dah Tak Ada, Baru Kau Nak Cari” – Yusof Haslam

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Beritahu Syamsul Yusof Call Masa TikTok Live, Peminat Dakwa Ira Kazar Pura-Pura Bahagia? Netizen Komen: “Ayang Pun Rampas Orang Punya”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berat Badan Makin Susut & Wajah Nampak Sedih, Penampilan Terkini  Syamsul Yusof  Curi Perhatian – “Sayu Je Tengok!”

Artikel Berkaitan: Irene Deanna Perjelas Hubungan Dengan Syamsul Yusof – “Bagi Pihak Saya, Tiada Komen Sebab…”

Aqilah Paharuzi