Nadeera Zaini Tak Simpan Dendam, Kesal Netizen Sanggup Tabur Fitnah – “Saya Tersepit Bila Isu Ni Makin Besar”

Penyanyi Nadeera Zaini kesal dengan segelintir individu yang sanggup melemparkan hinaan dan tuduhan fitnah terhadapnya susulan isu penyanyi ganti di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 38 (SFMM 38) melibatkan pelantun lagu Astana, Ernie Zakri.

Memetik laporan Utusan, Nadeera berkata, tindakan segelintir peminat yang memberi serangan di media sosial adalah perkara biasa dan peminat Ernie berhak mempersoalkan mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, pelantun lagu Emas itu berharap agar mana-mana individu di luar sana yang ingin memberikan nasihat tidak disertakan dengan kata-kata hinaan dan juga fitnah.

“Serangan di media sosial adalah perkara biasa, justeru saya tidak berkecil hati. Tak mengapalah, mungkin mereka tidak tahu perkara sebenar.

“Peminat Ernie berhak untuk mempersoalkan kerana merekalah yang mengangkat lagu Astana ke tahap ini.

“Cuma, apabila memberi nasihat, janganlah sampai memfitnah dan menghina,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:#SFMM38: Nadeera Anggap Ganti Ernie Zakri Sebagai Rezeki Dalam Kerjaya – “Dia Ada Kelebihan & Saya Ada Kekurangan”

ARTIKEL BERKAITAN:#SFMM38: Isu Penyanyi Ganti Lagu Astana, Hubungan Ernie Zakri Dengan Nadeera Okay Sahaja – “Semuanya Demi Peminat”

Terdahulu, Nadeera menerima kecaman hebat dalam kalangan peminat sebaik namanya diumumkan sebagai penyanyi ganti pada SFMM 38 lalu.

Namun, tidak cepat melatah, Nadeera menjelaskan tawaran itu diterimanya daripada pihak syarikat rakaman terbabit.

“Saya tersepit apabila isu ini menjadi besar secara tiba-tiba.

“Selebihnya kena tanya pihak Rocketfuel sendiri, sebab merekalah yang bertanggungjawab menawarkan peluang itu kepada saya,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:#SFMM38: “Penggantian Penyanyi Lagu Astana Di Luar Pengetahuan Saya” – Ernie Zakri

ARTIKEL BERKAITAN:#SFMM38: Syarikat Rakaman Beri Penjelasan Mengapa Nadeera Dipilih Ganti Ernie Zakri Nyanyi Lagu Astana

 

Sumber: Utusan

Salma Syahbuddin