Kongsi Video Dengan Jururawat, Pelakon Drama NUR Dikecam Netizen?

Gara-gara sebuah video memaparkan dirinya bersama kakitangan hospital terdiri daripada jururawat dan doktor, pelakon Noorkhiriah kecewa apabila dikatakan cuba menyindir pihak tertentu.

Menerusi Instagram pelakon drama Nur ini, dia menjelaskan bahawa video dimuatnaik tiada kaitan dengan situasi yang sedang hangat diperkatakan masa kini.

“ Video ini dikatakan saya menganjing. Kenapalah sempit sangat pemikiran…setiap orang masalah tak sama. Saya malas nak balas satu-satu, akak balas di sini saja dik. Biar semua baca.

“ Akak post video ni sebab dorang memang baik bukan sahaja dengan mak akak tetapi majoriti pesakit dalam wad. Mungkin posting akak tak kena di saat tengah hot pasal ke jururawat. Biarlah dorang selesaikan masalah, doa baik-baik,” luahnya.

Tambahnya, dia tiada niat untuk menunjuk baik atau sebagainya tetapi sebagai tanda apresiasi kepada kumpulan jururawat dan doktor di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.

“ Salah ke saya nak ucapkan terima kasih? Hanya itu saja yang mampu saya buat.

“Saya ni dah suam kuku nak ucap terima kasih kat TV, surat khabar semua… Maka inilah mediumnya,” tulisnya.

“ Terima Kasih Doktor @aliffzaki dan jururawat,” tulisnya diikuti dengan tanda pagar
#hospitalsultanhajiahmadshah #kitasemuaadalahHAMBA

 

SGMS Faida