Semua orang tahu betapa pentingnya pembersihan muka itu. Juga penting adalah keperluan untuk melindungi kulit selepas mencucinya. Gunakan cleanser dan kemudiannya sapukan toner dan krim pelembap.
Namun begitu, apa yang sebenarnya patut dilakukan di antara dua langkah tersebut pula… tak ramai orang sebut-sebut.
Selalunya orang akan lap dan gosok dengan tuala, kan? Tapi pernah tak anda terfikir yang membiarkan ia kering dengan bantuan angin pun bagus juga untuk kulit?
Pakar kulit dari New York, Shereene Idriss berkata, “Saya terlalu sibuk untuk tunggu kulit saya kering dengan sendirinya.” Betul juga. Siapa sanggup tunggu kalau dah busy?
Walau bagaimanapun, dia mencadangkan teknik yang terletak betul-betul di antara gosok dengan tuala dan kering dengan angin.
“Caranya adalah dengan menepuk (pat) kulit muka dengan tuala lembut dan perlahan. Jangan terlalu agresif kerana itu akan menyebabkan kulit anda lebih kering dan sensitif,” kata Shereene.
Seorang lagi pakar kulit, Joshhua Zeichner, mengaku yang menggosok kulit dengan tuala adalah satu kesilapan besar yang pelanggannya selalu buat.
“Gosokan akan mengakibatkan iritasi dan inflamasi pada kulit, jadi selagi anda menggunakan tuala bersih, anda perlu tepuk-tepuk dengan lembut.
Joshua juga kata keringan dengan angin adalah bagus tapi tak praktikal. Adam Friedman, seorang pakar kulit dari Washington D.C., pula tak menyokong teknik ini sama sekali.
“Dengan membiarkan kulit anda kering dengan angin, akhirnya ia akan menjadi lebih kering. Ia mengeringkan lapisan teratas kulit dan menjadikannya kaku.
“Ia juga boleh membantutkan pembentukan sel kulit baru dan ini akan menyebabkan kulit menggelupas.”
Cara yang Adam recommend adalah untuk menepuk muka dengan tuala dengan perlahan supaya kulit anda masih lembap apabila anda memakai toner, serum dan pelembap (tak kisahlah berapa banyak produk yang anda pakai). Katanya teknik ini akan memerangkan hidrasi dari pencucian muka anda tadi.
Secara kesimpulannya, walaupun pakar-pakar kulit di atas mempunyai pendapat yang berbeza, mereka tetap setuju dengan beberapa perkara:
Apa-apa teknik pun yang anda pilih, sebaik-baiknya anda rujuk kepada pakar kulit anda kerana dia lebih memahami keadaan kulit anda serta sejarahnya.
Yang paling penting, pat, don’t rub.
Sumber: Allure
Syoknya dah halal! Selamat Pengantin Baru, Afifah & Husband!
Sedih pula dengar luahan hati Aliff Aziz untuk Bella...
Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!
Wah, MK jadi jahat!
Ada lagi yang Aliff ak puas hati kot tu..
Ada betul juga cakap Michael kan?