Kongsi Video Keluarga, Kecantikan Anak-Anak Mustapha Kamal Raih Perhatian  – “Family Megah Holding Original”

Muat naik pelakon Mustapha Kamal menerusi akaun TikTok miliknya baru-baru ini mencuri perhatian, selepas dia berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan wajah anak-anaknya.

Menerusi video berdurasi 28 saat itu, dia dan isterinya yang juga pelakon, Susan Menon bersama empat orang anaknya sedang menikmati hidangan berbuka puasa di sebuah hotel mewah di ibu kota.

“Salam 6 ramadan. Family Megah Holding original tukar selera,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah, wajah anak-anaknya yang cantik dan kacak itu menjadi bahan perbualan hangat di ruangan balas berkenaan.

Bahkan, ada di antara warganet yang berpendapat, rupa paras anak-anaknya yang cantik itu adalah disebabkan faktor genetik ibu dan bapanya.

“Masya-Allah, cantik dan kacak anak-anak Mustapha Kamal dan Susan Menon.

“Good looking genetics!

“Tengoklah parents dia macam mana. Bapa kacak, mak cantik.

“Anak-anak Megah Holdings,” komen netizen.

Sedar dengan pujian yang diberikan, aktor itu dilihat sempat menitipkan ucapan terima kasih dan berharap agar doa yang baik berbalik pada semula kepada pengikutnya.

“Terima kasih semua. Semoga doa yang baik dari kalian berbalik pada anda semua. Aamiin,” katanya.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telahpun menerima 4 juta tontonan dan menerima lebih 200,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

Salma Syahbuddin