Hampir Terberanak Di Bazar Ramadan, Shila Amzah Mengaku Cemas – “Sumpah! Saya Fikir Dah Bersalin…”

Penyanyi Shila Amzah berdepan detik cemas apabila menyangka sudah tiba masanya untuk dia melahirkan anak keduanya.

Menurut Shila, kejadian itu berlaku ketika dia dan suaminya, Ubai Zulkefli menaiki motosikal ke bazar ramadan baru-baru ini.

Bagaimanapun, selepas selamat tiba di bazar ramadan, pasangan ini terpaksa bergegas pulang ke rumah memandangkan Shila mengalami kesakitan.

“Sumpah! Saya rasa dah bersalin minggu lalu.

“Saya dan suami ke bazar menaiki moto tapi bila dah sampai tu kena bergegas balik sebab I started feeling like SOMETHING WAS ABOUT TO POP,” katanya.

Perkara itu dikongsi Shila menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.

 

Dalam pada itu, Shila berkongsi bahawa dia berasa sedikit gementar kerana dijangka bersalin secara normal.

“Alhamdulillah l, everything went well so far! Saya teruja tapi dalam masa sama berasa sedikit gementar. Looking forward for a successful VBAC. Tolong doakan saya.

“Kehamilan kali ini agakntegang bagi saya. Siapa kata kontraksi tu tak sakit? Tak ada perkataan untuk itu.

“Tapi, Ramadan kali inj sangat peribadi dan saya menikmati setiap detik bersama keluarga kecil saya,” ulasnya.

Sekadar info, kandungan pelantun lagu popular Patah Seribu ini telahoun mencecah usia 8 bulan dan dijangka bakal bersalin pada awal raya Aidilfitri nanti.

Salma Syahbuddin