Muncul Di Kaca TV, Anak Teruna Liza Abdullah Jadi Perhatian… Ada Cakap Macam Justin Timberlake, Iras Tomok

Anak pelakon senior Liza Abdullah, Zulsyahmi Naqib mula menjadi tarikan dalam kalangan warganet selepas pertama kali muncul di kaca televisyen.

Terbaharu, Liza dan Naqib telah menjadi salah satu artis jemputan untuk mengendalikan program masakan TV3 sempena Ramadan ini, Jom Berbuka.

@tv3malaysiaComel je anak beranak ni tau @lizzaabdullahofficial 🤣 Bagussss yer Naqib ni mengalah je dengan ibu hehe takpela Syurga kan dekat ibu 🥰 Jumpa petang ni guys! #JomBerbuka ! | Ahad | 6 petang di TV3! Strim juga melalui Tonton www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton sekarang! #MacamDuluDulu #JomBerbukaTV3 #KongsiSelera #sembangentertainment

♬ original sound – TV3Malaysia

Terpegun melihat ketampanan anak pelakon itu, perkongsian tersebut telah dihujani dengan pujian di ruangan komen.

Malah, ada juga yang menyatakan wajah tampan anak Liza itu persis selebriti antarabangsa, Justin Timberlake dan penyanyi, Tomok.

Fatin Nurain