Categories: Drama

Tonton Apa Hari Ni: ‘Lelaki Itu’

Kejujuran adalah nilai yang amat penting dalam setiap hubungan. Namun, lumrah kehidupan, pasti ada yang tetap akan mengambil jalan lain. Akibatnya mungkin hanya dapat dilihat pada masa akan datang.

Setelah kejayaan siri ‘Perempuan Itu’ yang merupakan antara siri terhangat sepanjang tahun 2023 dengan lebih 3 juta tontonan di Tonton, kini, Erma Fatima kembali dengan karya ‘Lelaki Itu.’

Drama slot Samarinda terbaharu ini memperlihat dinamik hubungan yang berdasarkan realiti kehidupan.

Kisah ini menyoroti watak Syed Mirza yang merupakan suami kepada Sharifah Qaidah, seorang wanita yang berharta dan berpengaruh. Pasangan ini telah dikurniakan tiga orang anak perempuan.

Namun, tanggungjawab sebagai ketua rumah jelas didominasi oleh Qaidah. Kehidupan Syed Mira diatur oleh isterinya.

Hal ini telah mendorong Mirza untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan. Apakah yang bakal terjadi terhadap institusi keluarga ini?

Cerita Apa? ‘Lelaki Itu’
Hari Apa? Setiap Isnin – Jumaat
Jam Berapa? 10 malam
Di Mana? TV3 dan strim sekarang melalui Tonton

Afiqah Azizan