Categories: SelebritiTrending

“Pendakwah Mestilah Jauhi Sifat Kasar & Keras Saat Menegur Dan Beri Nasihat” – Lufya Omar Kongsi Tafsiran Imam Al-Qurtubi Berkaitan Penyampaian Dakwah

Susulan isu pendakwah bebas menggunakan foto pelakon wanita tidak berhijab untuk menyampaikan ilmu mendapat pelbagai reaksi warganet dan juga selebriti.

Artikel Berkaitan: Guna Foto Artis Wanita Tak Berhijab Bagi Sampaikan Ilmu, Lufya Omar Tegur Ustaz Ahmad Dusuki – “Ia Memalukan Kalau Saya Ditempat Dia, Saya Takkan…”

Terbaharu, pelakon dan penyanyi, Lufya Omar berkongsi tafsiran daripada Imam Al-Qurtubi yang menyebut untuk para pendakwah memberi nasihat secara berhemah kepada orang Islam.

“Jika merujuk kepada tafsiran Imam Al-Qurtubi, beliau menyebut menyuruh para pendakwah supaya menyebarkan dakwah dan memberi nasihat kepada orang-orang Islam secara bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi,” tulisnya.

Malah, Lufya juga berkongsi bahawa tafsiran tersebut turut meminta para pendakwah untuk tidak menggunakan kekerasan dan kekasaran dalam memberi nasihat.

“Para pendakwah mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang diberikan nasihat tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana. Wallahualam,” kongsi Lufya.

Sebelum ini, Lufya lantang bersuara apabila Ustaz Ahmad Dusuki bertindak sedemikian dan menyifatkan tindakan pendakwah tersebut sebagai memalukan pelakon wanita itu.

Artikel Berkaitan: “Mereka Larang Pakai Pakaian Palestin? Kenapa?” – Lufya Omar Luah Rasa Kecewa

Artikel Berkaitan: “Lelaki Yang Angkat Tangan Pada Wanita Itu Lemah!” – Lufya Omar

Artikel Berkaitan: “Ramai Pula DM Kita Ingat Kahwin Dengan Pak Arab!” – Lufya Omar

Atiqah Johari