Kongsi Video Kucing Dipot*ng, Ramai Yang Ngeri Lihat Posting IG Chef Wan

Tular di media sosial apabila cef selebriti dan pengacara terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan memuat naik video yang menunjukkan bahagian badan seekor kucing yang dipotong dua.

Video tersebut telah dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya yang mempunyai seramai 1 juta pengikut.

“I cried watching this sent to me. Ya Allah please punished all this evil human brings for such cruelty. Don’t know where this video come from but its hard to see this. Cruelty and evil exist around us,” tulisnya.

Walaupun perkongsian tersebut hanya sekadar pesanan kepada orang ramai tetapi video yang tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen kerana kurang sesuai untuk tatapan umum.

Ekoran video mengerikan itu, netizen membuat ciapan di Twitter agar orang ramai segera melaporkan video tersebut supaya dipadam oleh Instagram.

Hasil daripada kerjasama netizen untuk memadam video mengerikan itu, akhirnya video tersebut telah pun hilang dari akaun Instagram Chef Wan.

Namun Chef Wan juga tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai kehilangan video yang mengerikan itu.

Izzi Farhana