Reseller Tiket Coldplay Naikkan Harga Tak Masuk Akal, Sheila Majid Luah Rasa Berang

Penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid meluahkan rasa berang menerusi laman sosial Instagram apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga tiket konsert kumpulan Coldplay yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur.

Sheila berkongsi tangkap layar beberapa ‘reseller’ yang menjual tiket dengan harga yang tidak masuk akal itu di Instagram Story.

“This is ridiculous & unethical. Don’t buy from them! They are unscrupulous people!

“Gila! Even if I had the money, no way! Its just stupid! Might as well watch Coldplay abroad! #unscrupulous.

“Lain kali kalau tak serious nak pergi, jangan sibuk berebut beli tiket juga. Kalau nak buat duit lebih pun, bukan macam ni caranya. Orang yang betul betul minat nak tengok tak dapat beli tiket pasal orang orang yang ambil kesempatan macam ni. Don’t buy from them. Let them stuck with it! Cat 7 original price is only RM228,” tulisnya di Instagram Story.

Isu tentang ‘reseller’ ini sememangnya menjadi trending pada waktu ini kerana ramai peminat tegar Coldplay terpaksa berebut dengan ‘reseller’ ini untuk mendapatkan tiket.

Walaupun meluahkan rasa marah dan tidak puas hati, tetapi Sheila masih berjaya mendapatkan tiket ke konsert tersebut.

Izzi Farhana