Kongsi ‘Work Out Journey’ Di Gym, Zahirah Macwilson Buat Peminat Wanita Tak Keruan – “Girl Crush, Body Goals”

Pelakon jelita Zahirah Macwilson sekali lagi membuat peminat tidak keruan selepas melihat rutin bersenamnya untuk mengekalkan tubuh badan yang cantik dan sihat.

Menerusi hantaran di TikTok, Zahirah telah berkongsi videonya sepanjang berada di gym, semalam.

“Back to the gym after 2 weeks!! Starting gentle.. feels good to be back,” tulisnya.

@zahirahmacwilsonBack to the gym after 2 weeks!! Starting gentle.. feels good to be back 💪🏻

♬ AIN’T GONNA STOP – Carol Kay

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya kagum dengan pelakon jelita itu yang tetap bersenam biarpun sudah mempunyai bentuk badan yang ideal.

Malah, ada juga yang menganggap Zahirah sebagai ‘girl crush’ mereka dan memintanya untuk menghasilkan lebih banyak lagi content sewaktu di gym.

“More gym content pleaseeeeeeee!! i love you!!

“Split your workout routine!!

“Girl crush, body goals.

“Suka tengok ibu ni besemangat,” komen peminatnya.

Fatin Nurain