Categories: Politik

Giliran Khairy Jamaluddin Gesa Zahid Hamidi Undur Diri – “Panglima Besar Mesti Ada Maruah Untuk..”

Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang juga merupakan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh tampil menggesa Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk undur diri.

Menerusi ciapan di Twitter, Khairy juga telah mendesak Zahid untuk meletakkan jawatannya agar reformasi parti itu tidak ditangguhkan lagi.

“Apabila kalah dalam peperangan, Panglima besar mesti ada maruah untuk mengambil tanggungjawab. Lebih2 lagi bila strategi perang diatur oleh Panglima besar telah sebabkan ramai soldadu di medan tersungkur.

“Presiden mesti undur. Sekarang. Reformasi UMNO tidak boleh ditangguh lagi,” tulisnya.

Hasil tinjauan di Instagram Story pula, beliau juga sebulat suara dengan pandangan yang dikemukakan oleh Calon (BN) Parlimen Alor Gajah, Shahril Hamdan berkenaan perletakkan jawatan Presiden Umno itu.

Terdahulu, Khairy telah meluahkan rasa sedihnya selepas tewas kepada Datuk R Ramanan dalam Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) di Parlimen Sungai Buloh, Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Adakah Ini Pengakhirannya?” – Tewas Di Sungai Buloh, Muat Naik Khairy Jamaluddin Undang Rasa Sebak

Fatin Nurain