“Orang Lagi Seronok Fitnah” – Nurulhidayah Perjelas Saraf Mata Ahmad Zahid Tak Berfungsi, Nafi Buat Muka

Anak sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah tampil mendedahkan punca wajah bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengalami perubahan sehingga mencuri tumpuan warganet baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Nurulhidayah memaklumkan bahawa saraf pada bahagian mata bapanya tidak berfungsi sehingga terpaksa menjalani pembedahan.

“Iya… saraf mata dia tak berfungsi. Itu mata dia jadi (kelihatan) jatuh.

“Buat muka untuk apa, bukan ‘superstar’ pun. Kalau sampai mudarat sebab saraf mata kena la buat sesuatu.

“Tetapi biasa lah orang lagi seronok fitnah daripada tahu perkara sebenar,” kata Nurulhidayah membalas pertanyaan warganet.

Terdahulu, penampilan Ahmad Zahid menjadi tanda tanda apabila mengenakan kaca hitam ketika hadir untuk beberapa program sejak bulan lalu.

Khairil Khusyairi