Konsert Munajat Cinta Beri Inspirasi, Ahmad Dhani Mahu Hasilkan Album Tanpa Instrument

Figura terkenal Indonesia, Ahmad Dhani tampil memeriahkan penganjuran festival Kuala Lumpur Garden of Eid 2022 yang berlangsung di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur.

Kehadiran penyanyi, penerbit lagu dan pemain keyboard Kumpulan Dewa19 ini pastinya amat-amat dinanti-nantikan seluruh peminat setianya di Malaysia.

Memulakan konsert dengan mendendangkan lagu popular Dewa19 berjudul, Satu. Ahmad Dhani semestinya mampu memukau penonton yang hadir dengan kelunakan suara dan persembahan yang ditunjukkan walaupun tampil tanpa bantuan alat muziknya.

Bagaimanapun, menyentuh berkenaan persembahan figura ini, Ahmad Dhani memaklumkan ini adalah persembahan yang memberi inspirasi buatnya untuk menghasilkan album tanpa penggunaan alat muzik.

Untuk rekod, pada malam konsert mini Munajat Cinta yang dihadiri oleh 1,000 penonton, Ahmad Dhani tampil mendendangkan sebanyak lapan buah lagu antaranya, Satu, Jika Cinta Allah, Jika Surga Tak Pernah Ada, Iman, Kuldesak, Persembahan Dari Surga, Hadapi Dengan Senyuman dan Munajat Cinta.

ARTIKEL BERKAITAN:Raihan, Naim Daniel, Jamal Abdillah, Faizal Tahir & Ahmad Dhani Meriahkan Garden of Eid Festival

Salma Syahbuddin