Kontrak Kaka Azraff Di Warner Music Akan Dibatalkan?

Kontrak penyanyi Kaka Azraff berkemungkinan bakal ditamatkan oleh syarikat rakaman selepas diserang netizen Israel selepas profilnya dikongsi akaun Instagram pro-Yahudi, Jew Hate Database.

Terdahulu, sebuah akaun Instagram terbabit telah mendedahkan tindakan penyanyi lagu Gila itu meninggalkan berbaur kecaman terhadap pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic, baru-baru ini.

Menurut Kaka, dia tidak dapat memberikan sebarang kenyataan serta memohon diberikan ruang dan masa untuk dirinya tampil mengulas isu tersebut.

“Buat masa sekarang, saya belum boleh beri apa-apa kenyataan. Bagi saya sedikit masa,” katanya.

Susulan tindakannya itu, Kaka telah menerima kecaman teruk daripada penyokong Israel bahkan pihak rakamannya, Warner Music digesa untuk menyelidik dan menyingkitkannya daripada label terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Profile Kaka Azraff Tersebar Di IG ‘J*w Hater’ Gara-Gara Pertahankan Palestin

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain