Korang Dah Ready Untuk Padi Reborn Exclusive Live In KL?

Satu hari lagi menuju konsert Padi Reborn Exclusive Live In Kuala Lumpur!

Kumpulan yang terdiri daripada Piyu (gitar), Fadly (Vokalis), Ari (gitar), Rindra (bass) dan Yoyo (drum) bakal menggegarkan pentas KL Live Centre, bermula jam 8 malam esok.

Padi ketika ditemui di Hotel Royal, sebentar tadi memaklumkan sebanyak 16 buah lagu akan dimainkan dengan seleksi pilihan yang pasti tidak mengecewakan.

“ Tujuh tahun Padi ‘hilang’ sebentar. Kami sudah bersiap sedia menguasai pentas untuk menghiburkan Sobat Padi di Malaysia.

“ Bukan hanya kami saja yang akan berada di pentas malam esok. Kemunculan penyanyi berbakat besar Malaysia, Aizat Amdan dan pemain dram Amira Syahira pasti melengkapkan lagi konsert ini” kata Fadly.

Tak sabar rasanya nak mendengar rangkaian lagu klasik terbaik seperti Menanti Sebuah Jawaban, Sesuatu Yang Tertunda, Begitu Indah dan Kasih Tak Sampai. Yang penting, pasti keren

Korang dah dapatkan tiket? Kalau belum layari www.buytickets.com.my. 

Tiket: RM 169 (platinum) atau beli 2 dengan harga RM 299.

Meet & Greet: RM 275 

SGMS Faida