Kourtney Kardashian Bercinta Dengan Younes Bendjima Semula?

Keluarga selebriti Hollywood popular, “The Kardashians” sering terpalit dengan isu sensasi dan kontroversi menerusi liputan media antarabangsa. Terbaharu, Kourtney Kardashians baru-baru ini dilaporkan sedang hangat bercinta dengan bekas kekasihnya. Betul ke?

 

Sumber: Instagram Kourtney Kardashians

Menerusi laporan People.com, hubungan Kourtney dan Younes Bendjima dilaporkan retak pada Ogos 2018 lalu tetapi kedua-duanya dilihat sedang berparti bersama pada April tahun ini.

Pasangan ini kemudiannya dilihat berpegangan tangan pada bulan September, namun terdapat sumber mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan dan agak mustahil untuk Kourtney bersama dengannya semula.

 

Sumber: www.hollywoodlife.com.my

Walau bagaimanapun, baru-baru ini Kourtney dikatakan ingin memperbaiki hubungannya dengan Younes. 

“Younes kini sedang cuba meyakinkan Kourtney yang dia adalah teman lelaki yang baik dan juga mempunyai hubungan yang baik dengan anak-anak Kourtney. Kourtney juga seperti ingin memberi Younes peluang kedua dan dilihat sangat gembira dengan keputusan ini,” menurut sumber kepada People.

Nampaknya, jarak usia 14 tahun antara pasangan ini tidak menghalang percintaan mereka untuk bersatu semula. Hopefully, Kourtney dapat memilih keputusan yang tepat untuk diri dan anak-anaknya. Peace!

Syafiqa Irdina