Kuda Buat Hal, Ashraf Muslim Dikejarkan Ke Hospital – “Nasib Baik Tak Patah”

Pelakon Ashraf Muslim, 41, mengalami kecederaan pada tangan ketika sedang menunggang kuda.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim memuat naik sebuah klip rakaman yang memaparkan keadaannya yang sedang berada dalam sebuah ambulans.

Dalam perkongsian sama, Ashraf dilihat sedang berbaring dengan tangannya kirinya dipakaikan anduh lengan.

Difahamkan Ashraf mengalami kecederaan ketika menunggang kuda dan tiba-tiba kudanya tersandung.

“No pain no ride. Tunggu sebulan lagi, once dah recover , Insya-Allah kita ride semula.

“Apa-apa pun terima kasih kepada yg membantu dan Alhamdulillah pihak perubatan untuk event kali ni sangat mesra dan pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu yang sungguh cekap dan teliti serta mesra dengan pesakit, terima kasih doktor-doktor dan nurse.

“Dan tak lupa yang sangat-sangat membantu iaitu Che penn dan team @pennendurance yang sangat baik dan bersungguh-sungguh serta sangat prihatin terhadap saya.

“Mungkin kali ni takde peluang untuk saya habiskan 40km. Tapi berbekalkan semangat yang ada, I will fight for that. Doakan saya dan saya doakan kalian semua dimurahkan rezeki dan diberkati Allah SWT. Amin,” tulis Ashraf.

Terbaharu, pelakon itu memberitahu mengenai kecederaan yang dialaminya menerusi Instastory sebentar tadi.

“Bahu ni ada kurang sikit.

“Sebab tulang ni. Bahu ni terkoyak rasanya. Tisu koyak. Takut dislocate tapi nasib baik tak patah.

“biasalah adat bersukan, tak sakit, tak payah bersukan. Kalau tak nak sakit, jangan bersukan,” ujarnya.

Khairil Khusyairi