“Anxiety Tak Dibenarkan Di Sini” – Waris Muat Naik Video Kaki Terketar, Netizen Dakwa….

Penyanyi rap, Waris mencuri perhatian ramai selepas berkongsi sebuah video memaparkan keadaan kakinya terketar-ketar ketika berada di sebuah majlis terkemuka, baru-baru ini.

Perkongsian tersebut telah mencetuskan rasa kurang senang serta menimbulkan 1,001 persoalan dalam kalangan netizen berhubung motif sebalik video yang dimuat naik.

“Anxiety tidak dibenarkan di sini,” tulisnya ringkas di ruang kapsyen beserta emoji ketawa.

Umum sedia maklum, heboh di media sosial mengenai pelakon berkaliber, Maya Karin yang diserang anxiety di anugerah berprestij Festival Filem Malaysia (FFM) ke-32, Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: Diserang ‘Panic Attack’ Di FFM32, Maya Karin Berterima Kasih Dengan Faizal Hussein – “My Hero Last Night”

Susulan itu, segelintir netizen mendakwa Waris sengaja membuat content sedemikian dan disyaki memerli insiden yang berlaku terhadap aktres filem popular Pontianak Harum Sundal Malam itu.

Namun begitu, ada juga dalam kalangan pengikut pelantun lagu Gadis Jolobu ini mempertahankan Waris dan menafikan penyanyi rap itu memerli Maya.

Menurut mereka, keadaan kakinya yang terketar dan tidak senang duduk seakan membuktikan Waris juga mempunyai masalah anxiety.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan daripada pihak Waris sendiri berhubung video tersebut.

Aqilah Paharuzi