Kurang Ajar Dan Poyo, Peserta I Can See Your Voice Ini Bengang Dengan Haqiem Rusli

Selepas isu kontroversi melibatkan beberapa rakan artis yang agak  marah dengan tindakan penyanyi Tergantung Sepi ini,  Haqiem Rusli sekali lagi bertindak kurang sopan kepada salah seorang peserta I Can  See You Voice Malaysia apabila dilihat merampas mikrofon ketika peserta tersebut sedang membuat persembahan.

Peserta yang dikenali sebagai Mohd Syamsul itu mengakui bahawa tindakan penyanyi tersebut adalah tidak wajar dan agak kurang ajar kerana memalukan beliau.

Katanya mengakui suaranya yang sumbang ketika menyanyikan lagu Tergantung Sepi pada malam tersebut tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian.

” Pendapat saya, mungkin tindakan Haqiem itu tidak wajar dilakukan apatah lagi dia seorang artis. Kerana setiap tindak tanduk anda diperhatikan. Biarpun suara saya sumbang, sepatutnya dia kena hormat dan membiarkan saya menyanyikan lagu sampai habis. Kalau tonton program itu versi Korea, juri-juri mereka tidak akan melakukan seperti itu. Tapi saya tak marah dia, cuma rasa terkejut dan tak sangka Haqiem tiba-tiba naik ke pentas dan rampas mikrofon itu.” Katanya

Kalau dilihat kepada klip tersebut, ramai netizen yang menganggap tindakan Haqiem tersebut akan menyinggung perasaan Syamsul. Apapun, diharap selepas ini Haqiem Rusli lebih berhati-hati dalam mengendalikan sesuatu perkara.

Salma Syahbuddin