Lafaz Talak Satu Menerusi Panggilan Telefon, Adik Ipar Sahkan Hafidz Roshdi Cerai Isteri

Adik kepada Shuhada iaitu Sofia telah mengesahkan bahawa abang iparnya, Hafidz Roshdi telah melafazkan cerai dengan talak satu.

Memetik laporan mStar, Sofia memaklumkan bahawa Hafidz Roshdi telah menceraikan isterinya menerusi panggilan telefon di hadapan ahli keluarga pada Rabu.

Tambah, keputusan untuk bercerai dibuat atas kata sepakat antara kedua-dua belah pihak.

“Memang betul semalam (Rabu) Hafidz dah lafazkan cerai talak satu kepada kakak saya melalui telefon di hadapan semua ahli keluarga masing-masing.

“Hafidz berada di Shah Alam dan kami bersama Shuhada kini di Perlis.

“Atas persetujuan keluarga untuk berpisah. InsyaAllah Shuhada akan failkan cerai di mahkamah di Kuala Lumpur nanti. Kami sedang bercakap dengan peguam untuk tarikh perbicaraan sebab ia masih dalam proses,” kata Sofia kepada mStar.

Petang ini, sebuah portal melaporkan bahawa Hafidz telah melafazkan cerai talak satu kepada isterinya di hadapan keluarga.

Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Ceraikan Isteri Talak Satu Di Depan Keluarga

Namun begitu, wartawan mStar gagal mendapatkan penjelasan daripada Hafidz kerana panggilan telefon tidak dijawab.

Artikel Berkaitan: Kongsi Gambar Genggam Tangan, Hafidz Roshdi Sudah Berbaik Dengan Isteri? – “Terima Kasih Doakan Kebahagiaan Kami”

Artikel Berkaitan: Mengaku Bodoh & Pentingkan Diri, Wanita Ganggu Rumah Tangga Hafidz Roshdi Akhirnya Dedah Punca Sebenar

Artikel Berkaitan: “Nak Gambar Sayang, Cantiknya…” – Pernah Nafi Curangi Isteri, Mesej Perbualan Hafidz Roshdi Dengan ‘Penyondol’ Pula Tular?

Sumber: mStar

Atiqah Johari