“Aku Terima Orang Ketiga Sepenuh Hatiku” – Zaki Azeman & Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Pelakon Zaki Azeman memaklumkan dia dan isterinya, Siti Nur Shahira Ahmad atau Raa Suzuran bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Zaki menerusi sebuah perkongsian di Instagram, sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon yang membintangi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu juga sempat mengimbau semula momen manisnya bersama isterinya, Raa ketika di majlis resepsi mereka pada Mei lalu.

“Bismillahirrahmanirrahim Aku Terima Orang Ketiga Sepenuh Hatiku 💛 #ZRJunior,” tulisnya.

Menurut Zaki, usia kandungan isterinya kini sudah mencecah tujuh bulan, namun dia masih belum memberitahu jantina anaknya.

“Isteri saya pregnant dah tujuh bulan dah. Hari tu viral pasal nampak perut isteri saya. Tapi kami tak mengaku sampai ke sudah,” katanya kepada XTRA.

Menjengah ke ruangan komen, berita gembira itu telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Terdahulu, Zaki dan Raa telah mendirikan rumah tangga pada 29 Mei 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya! Siap Bermaskot, Gelagat Zaki Azeman Buat Surprise Birthday Untuk Isteri Raih Tumpuan

ARTIKEL BERKAITAN: “Buat Show Depan Penyanyi Asal” – Gelagat Zaki Azeman Menyanyi Lagu ‘Sayang Sayang’ Undang Tawa Peminat

Fatin Nurain